Disini saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi melawat dan mengikuti perkembangan
BLOG LOPPA LOKKA.
Sebelum itu,saya ingin memperkenalkan sedikit sebanyak tentang diri saya.Nama penuh saya ialah NUR HAZIKAH BINTI HANAFI. Anda semua boleh mengenali saya dengan nama singkatan saya
EKA.
Saya merupakan pelajar lepasan kursus CONFECTIONERY AND BAKERY di PUSAT LATIHAN GIATMARA KELANA JAYA(KOTA DAMANSARA).
Bersempena dengan itu,saya telah mengilhamkan LoPPa LoKKa Sweet Bakery sebagai cara saya untuk memperkenalkan produk produk yang telah dijenamakan dengan nama LoPPa LoKKa untuk memenuhi citarasa dan selera para pelanggan.
Saya berkemahiran didalam sektor penyediaan kek,roti,coklat,manisan,dan pelbagai jenis produk sejuk beku.Saya juga telah mendapat kelulusan dalam kursus PENYEDIAAN MAKANAN DAN KEBERSIHAN PRODUK.
Harapan saya dengan terciptanya LoPPa LoKKa ianya akan dapat memenuhi citarasa pelanggan mengikut harga yang berpatutan dan semestinya HALAL.
LoPPa LoKKa akan beroperasi sepenuhnya dalam jangka masa terdekat.
Nantikan setiap produk yang akan kami iklankan dan buat lah tempahan anda.. SEKIAN TERIMA KASIH.
No comments:
Post a Comment